Friday, October 1, 2010

Senarai 7 Drama Jepun Paling Diminati Oleh Saya

Saya amat meminati drama-drama jepun, antara sebabnye adalah kerana ia mengandungi moral yang tersendiri di samping watak lakonan yang bagus serta jalan cerita yang menarik dan tidak terlalu panjang seperti telenovela walaupun terdapat banyak juga drama jepun yang memaparkan adagen-adagen yang kurang elok . Saya tidak tahu berapa banyak drama jepun yang telah saya tengok bermula dari GTO dan seterusnya. Di Sini saya sertakan 5 drama jepun terbaik yang pernah saya tonton. ( Kebanyakan cerita ini tidak pernah disiarkan di kaca tv malaysia )


1. My Boss My Hero

Drama ini menceritakan tentang seorang yakuza yang bernama Sakaki Makio atau turut juga dipanggil sebagai 'Tornado' di kalangan gengnya. Walaupun dia seorang yang kuat tetapi dia merupakan seorang yang agak bodoh dari segi akademik. Untuk menjadikan Makio seorang yang agak pintar, ayah Makio telah menyuruh Makio untuk memasuki sekolah menengah semula dan mesti berjaya menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut untuk membolehkan Makio mendapat kedudukan sebagai Boss. Kalau tidak, kedudukan sebagai Boss akan diambil oleh adiknya iaitu Mikio.

Di samping penuh dengan adegan lucu dan menghiburkan, ia juga penuh dengan pengajarannya di mana drama ini menonjolkan tentang pentingnya ilmu pengetahuan , dan alam persekolan yang penuh dengan keseronakan dalam kehidupan seseorang di samping kecekalan seorang cikgu. Di akhir episode ini Makio berterima kasih kepada cikgunya yang tidak pernah berputus asa mengajarnya.

Komen: Merupakan sebuah cerita yang lucu dan mempunyai moral yang tersendiri, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Untuk info yang lebih lanjut sila kujungi: http://wiki.d-addicts.com/My_Boss_My_Hero

Screenshot of My Boss My Hero.





2. Dragon Zakura

Memaparkan kesunngguhan seorang lawyer yang yang berusaha melatih budak - budak dari sekolah yang terkenal dengan prestasi buruknya supaya mereka dapat memasuki Universiti Tokyo ( Todai ) dan untuk mengelakkan sekolah tersebut dari ditutup.

Info lebih lanjut: http://wiki.d-addicts.com/Dragon_Zakura

Komen Saya: Sebuah Cerita yang membuatkan anda bersemangat apabila anda menontonnya terutamanya sekiranya anda merupakan pelajar sekolah atau pelajar U.


Screenshot of Dragon Zakura.






3. Bambino!

Merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada komik yang ditulis oleh Sekiya Tetsuji. Mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Ban Shogo yang berbakat dalam bidang masakan. Setelah setahun bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dia telah disuruh oleh pak ciknya untuk datang ke Tokyo untuk memahirkan dirinya dalam dunia masakan Itali. Apabila dia berada di Tokyo dia mengetahui bahawa masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya untuk menjadikan dia seorang yang pakar dalam masakan Itali.
Komen Saya: Merupakan Cerita yang bagus kerana hampir keseluruhan cerita ini menumpukan tentang dunia pekerjaan untuk menjadi seorang chef dan amat jarang menyentuh elemen elemen jiwang.

Info Lanjut: http://wiki.d-addicts.com/Bambino!

Screenshot of Bambino!




4. Attention Please

Mengisahkan tentang seorang perempuan tomboy yang berusaha untuk mengubah sikapnya dengan memilih pekerjaan sebagai 'cabin attendant' dengan harapan untuk menyerlahkan sikap kewanitaannya.

Komen Saya: Best sebab ia menceritakan tentang suasana pekerjaan sebagai seorang 'cabin attendant'.
Info Lanjut: http://wiki.d-addicts.com/Attention_Please

Screeenshot of Attention Please



5. Nobuta Wo Produce

Mengisahkan tentang, dua orang pelajar sekolah ( lelaki ) yang berusaha untuk mengubah imej seorang wanita yang pendiam dan sering dibuli oleh pelajar lain menjadi seorang yang popular.

Komen Saya: Sebuah Cerita yang menceritakan tentang rakan karib, best untuk tontonan kebanyakan orang terutamanya golongan yang pendiam.

Info Lanjut: http://wiki.d-addicts.com/Nobuta_wo_Produce

Screenshot of Nobuta Wo Produce.





6. 1 Litre of Tears/Ichi Rittoru No Namida/1 Litre No Namida

Mengisahkan seorang wanita yang bernama Aya yang disahkan mengidap penyakit pelik yang bernama 'spinocerebellar degeneration' ketika dia berusia 15 tahun. Penyakit ini menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan seperti berjalan, menulis, bercakap dan makan dan akhirnya membawa kepada kematian secara beransur-ansur.

Komen Saya: Apa yang menarik tentang cerita ini ialah ia merupakan sebuah drama jepun yang penuh dengan pengajaran berbanding drama-drama jepun lain yang saya tengok. Ia bukan sahaja menceritakan ketabahan Aya dalam menghadapi penyakit tersebut, tetapi juga kesungguhan keluarga Aya dalam membantu Aya meneruskan kehidupan seperti seorang yang normal terutamanya ibu Aya. Ia juga memaparkan tentang kesungguhan doktor yang bersusah-payah mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit Aya.

Info Lanjut: http://wiki.d-addicts.com/1_Litre_no_Namida

Screeenshot of 1 litre of tears







7. Proposal Daisakusen a.k.a Operation Love

Mengisahkan seorang pemuda yang cintakan seorang gadis tetapi malangnya perempuan tersebut akan berkahwin dengan lelaki lain. Tiba-tiba seorang pari-pari muncul dan memberikan peluang kepada pemuda tersebut yang bernama Iwase Ken untuk kembali ke zaman lampau dan memperbaiki hubungannya dengan gadis tersebut untuk membolehkan dia mengahwini perempuan tersebut.

Komen Saya : hmmm, sebuah cerita yang tidak logik tetapi best kerana mempunyai jalan cerita yang menarik, humor, watak yang menarik dan macam-macam lagi.

Info Lanjut: http://wiki.d-addicts.com/Proposal_Daisakusen

Screeenshot of Proposal Daisakusen

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...